Projek Iqra’

Tentang Persatuan

Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Kini kami disertai oleh 4 orang sahabat lain menjadikan 7 orang kini didalam pasukan Projek Iqra’.

Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk mem bayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.

Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat.

Pada 25 Januari 2013, Projek Iqra’ telah didaftarkan secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA dan No Pertubuhan:PPM-006-14-25012013 

 AKAUN BANK RASMI PROJEK IQRA’

maybank_shoppingraya2015
Bank: Maybank
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
No Akaun: 5648-1050-4003

 

JAWATANKUASA PROJEK IQRA’

PENGERUSI: Muhammad Solleh Mahfoz

NAIB PENGERUSI:  Sharifah Sharina Syed Aswad 

Setiausaha:  Sabiha Abdul Jalil

Penolong Setiausaha: Azillah bte Mohd Jamil

Bendahari: Suhaimi Abdul Manan

AJK:  AJ Nuruddin

AJK: Norazly Basarian

AJK: Faizul Mohd Noh

Berita Projek Iqra’ disiarkan oleh Utusan Malaysia.
MISI & VISI

Membantu untuk memantapkan tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja di rumah kebajikan (anak yatim, miskin dan asnaf) serta keluarga yang kurang berkemampuan.

LAYARI WEBSITE UTAMA KAMI : WWW.PROJEKIQRA.COM

Antara program-program yang dijalankan oleh Projek Iqra’ ialah: (Klik pada nama projek dibawah untuk info lanjut)

Kelas Rakyat

Kelas Rakyat – Prep Malam

Perpustakaan Mini

Shopping Raya

Shopping Saya Anak Malaysia

Kem Motivasi

Program Kemahiran

Program Kesihatan

Sahabat Iqra’

222