TAKLIMAT SUKARELAWAN DI PPR SERI CEMPAKA

logo projek iqra

Sebelum membaca teks panjang dibawah ini, pastikan nama tuan/puan ada disenaraikan dalam Senarai Sukarelawan SR16, Hanya nama yang tersenarai sahaja yang akan terlibat dalam program ini.

Pertama sekali, Projek Iqra’ ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah menawarkan khidmat secara percuma untuk membaca penerima manfaat Shopping Raya tahun ini ke lokasi membeli-belah yang telah dipilih untuk membantu mereka mencari kelengkapan hari raya. Kos perjalanan ke lokasi shopping dan pulang ke kediaman penerima manfaat disumbangkan oleh sukarelawan sendiri disamping sumbangan tenaga dan masa. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya demi menggembirakan anak-anak ini.

LATAR PENERIMA MANFAAT

Penerima manfaat Shopping Raya 2016 di PPR Seri Cempaka ini terdiri daripada pelajar-pelajar program Kelas Rakyat yang dijalankan disini sejak tahun 2015. Seramai 20 orang pelajar telah dipilih untuk sertai program ini dimana mereka akan dibawa ke Mydin USJ untuk membeli kelengkapan raya. Manakala seramai 20 pelajar lain akan menerima sumbangan berbentuk Raya Food Box untuk dinikmati seisi keluarga. Pelajar-pelajar ini ada ibu bapa namun mereka telah dikenalpasti  daripada keluarga kurang berkemampuan.

LOKASI BERKUMPUL

Semua sukarelawan, krew dan pelajar-pelajar yang akan mengikuti program Shopping Raya ke Mydin USJ pada 25 Jun ini akan berkumpul di Dewan MINT yang terletak di Blok F PPR Seri Cempaka. Jika guna Waze atau Google Map, taip Kelas Rakyat. Insya’ Allah dalam senarai itu salah satu ialah Kelas Rakyat Projek Iqra PPR Seri Cempaka. Sukarelawan boleh letak kereta di tepi jalan sepanjang PPR Seri Cempaka. Tak digalakkan meletak kenderaan di kawasan parking penduduk. Sebaiknya elak parking double. Jauh sedikit takpe asal tidak halang kenderaan lain. Sukarelawan dan pelajar akan menaiki bas persiaran yang telah disediakan untuk ke Mydin USJ.

Peta Lokasi PPR Seri Cempaka
Peta Lokasi PPR Seri Cempaka. Klik untuk lihat size besar.

 

ATURCARA PROGRAM

8.30 AM – Berkumpul di Dewan MINT Blok F PPR Seri Cempaka. Pendaftaran sukarelawan

9.00 AM –  Pembahagian sukarelawan dan pelajar, taklimat keselamatan, taklimat program dan sesi fotografi

9.30 AM – Bertolak ke Mydin USJ dengan menaiki bas persiaran yang disediakan

10.00 AM – Tiba di Mydin USJ, taklimat oleh Mydin USJ dan mula Shopping Raya 2016

1.00-1.30 PM – Menaiki bas pulang ke PPR Seri Cempaka

2.00 PM – Tiba di PPR Seri Cempaka. Berkumpul semula dalam Dewan MINT. Periksa pelajar dan barang. Bersurai

 

TUGAS SUKARELAWAN

  1. Membawa pelajar yang telah ditugaskan kepada mereka dari PPR Seri Cempaka ke Mydin USJ dan pulang ke PPR Seri Cempaka
  2. Menjaga keselamatan pelajar jagaan mereka sepanjang masa dari mula diberikan tugas hingga saat memulangkan pelajar
  3. Mengiring pelajar ke tandas jika perlu
  4. Membantu pelajar memilih keperluan hari raya berdasarkan bajet yang diberi
  5. Menggembirakan pelajar sebaik mungkin

KOORDINATOR SHOPPING RAYA PPR SERI CEMPAKA

Berikut adalah Koordinator yang akan menguruskan program Shopping Raya di PPR Seri Cempaka. Sebarang permasalahan, sila berhubung dengan mereka. Mereka akan mengikut dan berada di Mydin USJ sepanjang masa. Bersedia untuk membantu bila perlu.  Sila simpan no hp mereka (Call/SMS/WhatsApp):

  • Suhaimi Abdul Manan: 019-217 5597
  • Zulazlan: 011-2223 0855

FOTOGRAFI

Sukarelawan fotografi yang akan bertugas disini ialah Sdr Muhammad Firdaus. Terima kasih kerana menjadi sukarelawan merakam detik indah program ini. Beliau akan merakam foto sukarelawan bersama pelajar untuk tujuan rekod keselamatan. Sebelum bertolak, akan diadakan sesi fotografi  beramai-ramai. Beliau juga akan berpusing sekitar Mydin USJ merakam para sukarelawan menjalankan tugas.

Facebook : www.facebook.com/firdauz97
Instagram : www.instagram.com/photobyfirdaus

Sebarang pertanyaan boleh ajukan semasa taklimat pagi di lokasi ataupun boleh WhatsApp kepada koordinator berkenaan. Semoga bergembira 🙂

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *