TAKLIMAT SUKARELAWAN PA SERI KOTA

logo projek iqra

Sebelum membaca teks panjang dibawah ini, pastikan nama tuan/puan ada disenaraikan dalam Senarai Sukarelawan SR16, Hanya nama yang tersenarai sahaja yang akan terlibat dalam program ini.

Pertama sekali, Projek Iqra’ ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah menawarkan khidmat secara percuma untuk membaca penerima manfaat Shopping Raya tahun ini ke lokasi membeli-belah yang telah dipilih untuk membantu mereka mencari kelengkapan hari raya. Kos perjalanan ke lokasi shopping dan pulang ke kediaman penerima manfaat disumbangkan oleh sukarelawan sendiri disamping sumbangan tenaga dan masa. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya demi menggembirakan anak-anak ini.

LATAR PENERIMA MANFAAT

Penerima manfaat Shopping Raya 2016 di Perumahan Awam Seri Kota, Bandar Tun Razak ini terdiri daripada pelajar-pelajar program Kelas Rakyat yang dijalankan disini sejak tahun ini. Seramai 14 orang pelajar telah dipilih untuk sertai program ini dimana mereka akan dibawa ke Mydin USJ untuk membeli kelengkapan raya. Manakala seramai 4 pelajar lain akan menerima sumbangan berbentuk Raya Food Box untuk dinikmati seisi keluarga. Pelajar-pelajar ini ada ibu bapa namun mereka telah dikenalpasti  daripada keluarga kurang berkemampuan.

LOKASI BERKUMPUL

Semua sukarelawan, krew dan pelajar-pelajar yang akan mengikuti program Shopping Raya ke Mydin USJ pada 25 Jun ini akan berkumpul di Dewan Blok 96 yang terletak di tingkat bawah Blok 96, Perumahan Awam Seri Kota. Jika guna Waze atau Google Map, taip Flat Sri Kota. Antara landmark lain disini ialah LRT Bdr Tun Razak yang terletak sebelah perumahan ini. Sukarelawan boleh letak kereta di parking lot kawasan PA Seri Kota ini. Jika terpaksa double park, pastikan handbrake diturunkan supaya penduduk boleh tolak kereta anda jika mereka hendak keluar dari petak parking. Letakkan no telefon anda atas dashboard.

Blok 96 Flat Sri Kota

 

Klik untuk lihat saiz besar
Klik untuk lihat saiz besar

ATURCARA PROGRAM

8.30 AM – Berkumpul di Dewan Blok 96 Perumahan Awam Seri Kota. Pendaftaran sukarelawan

9.00 AM –  Pembahagian sukarelawan dan pelajar, taklimat keselamatan, taklimat program dan sesi fotografi

9.30 AM – Bertolak ke Mydin USJ dengan menaiki kereta sukarelawan.

10.00 AM – Tiba di Mydin USJ, taklimat oleh Mydin USJ dan mula Shopping Raya 2016

1.00-1.30 PM – Menaiki kereta pulang semula ke Blok 96 Perumahan Awam Seri Kota.

2.00 PM – Tiba di Blok 96. Berkumpul semula di luar dewan. Periksa pelajar dan barang. Bersurai

 

TUGAS SUKARELAWAN

  1. Membawa pelajar yang telah ditugaskan kepada mereka dari PA Seri Kota ke Mydin USJ dan pulang ke PA Seri Kota.
  2. Menjaga keselamatan pelajar jagaan mereka sepanjang masa dari mula diberikan tugas hingga saat memulangkan pelajar
  3. Mengiring pelajar ke tandas jika perlu
  4. Membantu pelajar memilih keperluan hari raya berdasarkan bajet yang diberi
  5. Menggembirakan pelajar sebaik mungkin

KOORDINATOR SHOPPING RAYA PA SERI KOTA

Berikut adalah Koordinator yang akan menguruskan program Shopping Raya di PPR Seri Cempaka. Sebarang permasalahan, sila berhubung dengan mereka. Mereka akan mengikut dan berada di Mydin USJ sepanjang masa. Bersedia untuk membantu bila perlu.  Sila simpan no hp mereka (Call/SMS/WhatsApp):

  • Sharifah Sharina: 017-2748904
  • Lin: 016-674 0238
  • Amir: 012-233 5288

FOTOGRAFI

Sebelum bertolak, akan diadakan sesi fotografi  beramai-ramai.

Sebarang pertanyaan boleh ajukan semasa taklimat pagi di lokasi ataupun boleh WhatsApp kepada koordinator berkenaan. Semoga bergembira 🙂

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *