Tentang Shopping Raya 2016

APAKAH SHOPPING RAYA 2016?

Shopping Raya adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk  menmbantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran kami.

Shopping Raya 2016 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 3 tahun, ini menjadikan Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA untuk melaksanakannya.

 APAKAH TUJUAN & OBJEKTIF SHOPPING RAYA 2016?

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.

Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.

Ringkasnya, melalui acara ini, kami berhasrat untuk;

  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
  • Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
  • Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
  • Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.

 

SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM SHOPPING RAYA 2016?

400 penerima manfaat akan terlibat untuk program Shopping raya tahun ini.

Pembaca budiman dijemput untuk menaja seorang anak yatim/komuniti bagi program ini;

selain itu kami akan umumkan nanti pendaftaran untuk;

  • SUKARELAWAN MEMBAWA ANAK-ANAK
  • SUKARELAWAN FOTOGRAFI
  • SUKARELAWAN VIDEOGRAFI
  • SUKARELAWAN SEMASA PROGRAM
  • SUKARELAWAN BLOGGER (UNTUK SIARAN EVENT INI DI BLOG ANDA)

 

BAGAIMANA WANG TAJAAN INI AKAN DIBELANJAKAN?

budak_shoppingraya2015

 

*Gambar Sekadar Hiasan

 

Semoga usaha murni ini akan terus mendapat sokongan semua pihak dan menjadi medan dalam membentuk masyarakat yang prihatin dan harmoni.

Dengan sokongan anda, acara tahunan yang dilaksanakan bagi membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah-rumah kebajikan ini InshaAllah dapat dijayakan. Kami doakan anda sentiasa mendapat keberkatan serta rahmat dari Allah s.w.t.

Sebelum kehabisan slot, taja seorang sekarang!

 

BAGAIMANA UNTUK MENAJA SHOPPING RAYA 2016?

 

1) Klik Tajaan dan masukkan jumlah tajaan RM250 diruang diatas kotak ‘Taja Sekarang’

2) Klik button Taja Sekarang

3) Isi Bank pilihan untuk transaksi ini dan lengkapkan maklumat anda.

4)  Masukkan Username dan Password internet banking anda

5) Lengkapkan process Transfer Money didalam talian.

6) Anda akan menerima notification di dalam email untuk rujukan transaksi ini

7) Anda akan dapati nama ada tersenarai sebagai donor di ruang bawah entri ini.

Atau; Melalui Online Transfer ke akaun:

maybank_shoppingraya2015

Bank: Maybank

Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia

No Akaun: 5648-1050-4003

Email: info@projekiqra.com

No Tel: 019-2175597 (Bendahari – Suhaimi Abdul Manan)

Nota : Sila emailkan maklumat penaja (nama,no.telefon,alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com

 

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

 

  1. Bolehkah saya mendapatkan resit untuk transaksi online transfer?

J : Ya boleh. Jika anda perlukan resit sila emailkan maklumat penaja (nama,no.telefon,alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com

 

  1. Bagaimana jika jumlah RM250 adalah diluar kemampuan saya?

 

J : Anda boleh sahaja berkongsi bersama rakan dan keluarga untuk menaja seorang anak.

 

  1. Bilakah tarikh tutup kempen ini?

 

J: Kempen ini akan ditutup selepas semua 400 orang penerima manfaat mendapat tajaan.

 

  1. Saya merupakan ibu tunggal/fakir miskin, bagaimanakah saya boleh dapatkan bantuan ini?

 

J : Penerima manfaat program Shopping Raya ini terhad kepada anak-anak yang telah disenarai pendek sahaja, namun begitu sila email detail anda kepada kami. Nama anda mungkin akan di-KIV sehingga terdapat lebihan dana/bantuan lain yang sesuai diberikan.

 

  1. Bagaimana saya mahu pastikan wang yang didermakan sampai kepada golongan sasaran?

 

J : Kami akan pastikan anak-anak ini menerima wang yang anda dermakan. Wang ini akan diberikan kepada sukarelawan yang menjadi ibubapa angkat mereka pada hari tersebut untuk membeli belah keperluan raya anak-anak ini. Laporan akan disiarkan di FB page dan dilaman web ini untuk memaklumkan kepada semua penaja. Selain itu penaja juga dijemput untuk sertai program sebagai sukarelawan bagi mendapat gambaran dengan lebih jelas bagaimana program ini berlangsung.

 

  1. Bolehkah saya niatkan sumbangan ini sebagai zakat saya?

 

J: Tidak boleh. Jika anda niatkan khas untuk zakat, persatuan tidak boleh menggunakan sumbangan anda untuk melakukan program yang disertai oleh mereka yang tidak layak dibawah kategori zakat. Sebagai contoh, anak-anak yatim tidak termasuk dalam kategori penerima zakat. Agak sukar untuk pihak kami mengasingkan peruntukan kepada penerima manfaat yang latar belakangnya dari pelbagai status kehidupan (contoh; anak yatim, oku, miskin dan sebagainya).

 

  1. Kenapa untuk taja pun ada harga yang disyarat kan?

 

J: Jumlah itu adalah yang dicadangkan, bukan disyaratkan. Ini kerana setiap anak akan diberi sejumlah wang yang sama untuk beli keperluan nanti supaya lebih adil. Berilah berapa pun kami akan cantum-cantumkan menjadi jumlah yang sama. Kaedah ini juga memudahkan penaja untuk tahu berapa yang perlu didermakan contohnya jika beliau berkemampuan menaja 10 orang, penaja akan tahu jumlah dengan lebih mudah.